Assalamualaikum........
Perkobf Malaysia ditubuhkan adalah bertujuan
untuk memperjuangkan Kontraktor Kelas F yang jumlahnya seramai 28,000 orang di
seluruh Negara dan keseluruhannya adalah dari kalangan orang Melayu dan
Bumiputera.
Sebelum ini, banyak peluang-peluang bagi
Kontraktor Kelas F tidak sampai ke sasarannya dan saya amat berharap dengan
adanya Persatuan ini akan dapat menyelesaikan isu dan permasalahan berkaitan
Kontraktor Kelas F.Saya berharap dengan Kunjungan Hormat Persatuan akan dapat
memberikan ruang dan peluang dalam membentuk kerjasama bersama PERKOBF
Malaysia.
Akhir kata, saya dan juga barisan Ahli Jawatankuasa
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kerana sudi menerima
kunjungan kami dari PERKOBF Malaysia.
Sekian, Wabillahi Tawfiq Wal Hidayah,
Wassalamualaikum w.r.t.
Tukiman Radion,
No comments:
Post a Comment