Wednesday, 14 May 2014

SEMINAR ANJURAN PKK



Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) akan menganjurkan Seminar Penyelenggaraan Bangunan pada 28.5.2014 dari Jam 8.30pagi hingga 5.00petang di Dewan Serbaguna, Menara Usahawan, Putrajaya. Sijil Seminar ini boleh digunakan untuk memperbaharui Sijil Taraf Bumiputera dan Kontraktor akan memperolehi 10 mata CCD. Bayaran RM50.00 akan dikenakan.
Untuk Pendaftaran boleh hubungi PERKOBF Malaysia Cawangan WP Kuala Lumpur (0392006064) atau hubungi Setiausaha Cawangan En Mohd Zaini bin Abd Hanif  di talian (012-2782337) atau En Yusaimi Jusoh (0192950123). Pendaftaran boleh dibuat sebelum atau pada 23.4.2014. Terima Kasih.

KURSUS LANDSKAP ANJURAN PERKOBF MALAYSIA CAWANGAN WP KUALA LUMPUR



Alhamdulillah sekali lagi PERKOBF Malaysia dengan kerjasama K-Builders Training & Consulting sebagai PLBK yang diiktiraf oleh CIDB Malaysia telah berjaya menganjurkan Kursus Landskap dari 12 hingga 16 Mei 2014 (40 mata CCD) bertempat di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.

Presiden PERKOBF Malaysia, En Tukiman Radion hadir pada hari pertama Kursus untuk memberi suntikan semangat kepada semua Peserta Kursus dan memberi penerangan ringkas berkaitan aktiviti-aktiviti terkini PERKOBF Malaysia.

Semoga dengan penganjuran Kursus yang berterusan dapat memberi "value added" kepada Kontraktor Kelas F.








Presiden memberi suntikan semangat kepada semua peserta













Thursday, 8 May 2014

KURSUS B28 PERKOBF MALAYSIA CAW NEGERI KELANTAN


PERKOBF MALAYSIA CAWANGAN NEGERI KELANTAN TELAH BERJAYA MENGANJURKAN KURSUS B28 YANG BERMULA PADA 5 MEI 2014 HINGGA 9 MEI 2014.
KURSUS INI JULUNG-JULUNG KALINYA DIADAKAN DENGAN KERJASAMA K BUILDERS TRAINING & CONSULTING. KURSUS INI DIJALANKAN SELAMA 5 HARI DI LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG, MACHANG KELANTAN.






SEMINAR GST

TAJUK : SEMINAR BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) UNTUK KONTRAKTOR BINAAN BUMIPUTERA

TARIKH : 8 MEI 2014

MASA : 9.00 PAGI 

TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA, MENARA USAHAWAN, PRESINT 2, PUTRAJAYA

YANG DI RASMIKAN OLEH YBHG DATUK HIMMAT SIGHT KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KERJA RAYA. 

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA PKK MALAYSIA KERANA BERJAYA MENGANJURKAN SEMINAR BEGINI BAGI MEMBERI PENERANGAN JELAS BERKAITAN GST KEPADA KAMI KONTRAKTOR BUMIPUTERA. PERKOBF DIJEMPUT UNTUK BERSAMA-SAMA UNTUK MAJLIS PERASMIAN PADA HARI INI. WAKIL DARI PERKOBF TERDIRI DARI ENCIK TUKIMAN BIN RADION (PRESIDEN), ENCIK ADNAN BIN ABD MALIK (NAIB PRESIDEN 1), PUAN JUNIDA HANI JAMALUDIN (SETIAUSAHA AGUNG), ENCIK MOHAMAD ZAINI BIN ABD HANIF (SETIAUSAHA PERKOBF WP KUALA LUMPUR), PUAN AZIAH ABD HAMID (BENDAHARI PERKOBF WP KUALA LUMPUR), ENCIK YUSAIMI BIN JUSOH (AJK PERKOBF WP KUALA LUMPUR) ENCIK SHAHARUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (PEGAWAI PENERANGAN PERKOBF NEGERI SELANGOR) ENCIK MOHD YUSAKIFLI YEOP BIN ARIF (AJK PERKOBF NEGERI SELANGOR). TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG KOMITED MELUANGKAN MASA PADA MAJLIS HARI INI.












Tuesday, 6 May 2014

KURSUS LANDSKAP DAN PADANG PERMAINAN

Assalamualaikum...

PERKOBF Malaysia Cawangan WP Kuala Lumpur akan mengadakan kursus Landskap dan padang permainan pada ketetapan berikut :

Tarikh   : 14-16 Mei 2014
Tempat : di ILP Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.

Mata CCD yang di tawarkan sebanyak 40 CCD dan boleh tambah bidang.

MESYUARAT PEMANTAU KONTRAKTOR KELAS F BERSAMA CIDB, PKK DAN KEMENTERIAN KERJA RAYA

TAJUK                   : MESYUARAT PEMANTAU KONTRAKTOR KELAS F BERSAMA CIDB, PKK DAN KEMENTERIAN KERJA RAYA
TARIKH               : 24 APRIL 2014
MASA                    : 2.30 PETANG
TEMPAT             : BILIK MESYUARAT KIAMBANG, TINGKAT 7, KEMENTERIAN KERJA RAYA


ISU YANG DIBAWA KETIKA MESYUARAT: 

1. CETAKAN SIJIL CIDB YANG MAHAL 
2. TEMPOH MEMEPERBAHARUI LESEN CIDB YANG SINGKAT
3. MEMINTA DENDA CIDB DIMANSUHKAN
4. PERMASALAHAN DI KAUNTER CIDB SELURUH MALAYSIA
5. SUB BIDANG CIDB YANG BERKAIT RAPAT MINTA DIRANGKUMKAN.
6. TAJUK HUTAN YANG TIADA DI CIDB.
7. DOKUMEN YANG SELALU HILANG DI KAUNTER CIDB
8. PERCANGGAHAN PENERANGAN DAN MAKLUMAT DI KAUNTER CIDB DAN MELALUI TELEFON.
9. PANGGILAN TELEFON KE PEJABAT CIDB DAN SMB ONLINE TIDAK BERJAWAB.
10. PEMBAHARUAN DI CIDB TELAH LENGKAP TETAPI DATA TIDAK DIHANTAR KE PKK.
11. MEMINTA KEPADA KEMENTERIAN SUPAYA KELAS F DILETAKKAN SEMULA DI PKK ATAS KEPENTINGAN BUMIPUTERA.
12. MOHON KEPADA KEMENTERIAN SUPAYA JADUAL KADAR HARGA DISEMAK SEKURANG-KURANGNYA SETAHUN SEKALI.
13. MEMINTA AGAR JKR MEMPERBANYAKKAN KERJA UNDI DAN KERJA RM100 RIBU KE BAWAH DIUNDIKAN.
14. MEMINTA AGAR HAD KONTRAKTOR KELAS F DINAIKKAN DARI RM1 HINGGA RM350, 000.00



KUNJUNG HORMAT BERSAMA PRESIDEN SPNB, YBHG. DATO' DR. SR. KAMARUL RASHDAN HJ. SALLEH

TAJUK                   : KUNJUNG HORMAT BERSAMA PRESIDEN SPNB, YBHG. DATO' DR. SR. KAMARUL RASHDAN HJ. SALLEH
TARIKH               : 17 APRIL 2014
MASA                    : 10.00 PAGI
TEMPAT             : BILIK MESYUARAT UTAMA, TINGKAT 8, SPNB, JALAN TUN RAZAK, KUALA LUMPUR

ISU YANG DIBAWA KETIKA KUNJUNG HORMAT:

1.       MEMOHON SUPAYA SPNB MENGKAJI SEMULA HARGA RUMAH MESRA RAKYAT
2.       MEMINTA SUPAYA RUMAH-RUMAH MESRA RAKYAT DIBERIKAN KEPADA KOPERASI PERKOBF UNTUK DIAGIHKAN KEPADA KONTRAKTOR KELAS F MELALUI KAEDAH UNDIAN
3.       MENYUARAKAN HASRAT INGIN BEKERJASAMA DENGAN SPNB EDAR SDN BHD KERANA FOKUS UTAMA KOPERASI PERKOBF ADALAH UNTUK MEMBUKA HARDWARE DI SELURUH NEGARA.
4.       PERKOBF JUGA AMAT BERHARAP AGAR CARA PENGAGIHAN INDEN KEPADA KONTRAKTOR DI BUAT SECARA TELUS AGAR SETIAP KONTRAKTOR  KELAS F MENDAPAT RUANG DAN PELUANG YANG SAMA RATA.

5.       PERKOBF MEMINTA AGAR SPNB MENYEGERAKAN PERAKUAN SIAP KERJA DENGAN KADAR SEGERA SUPAYA MASALAH BAYARAN LEWAT DAPAT DISELESAIKAN.




KUNJUNG HORMAT BERSAMA DATUK SERI JAMALUDIN JARJIS

TAJUK                   : KUNJUNG HORMAT BERSAMA DATUK SERI JAMALUDIN JARJIS
TARIKH               : 5 MAC 2014
MASA                    : 2.30 PETANG
TEMPAT             : JABATAN PERDANA MENTERI, PUTRAJAYA.
ISU YANG DIBAWA KETIKA KUNJUNG HORMAT:
1.       MEMINTA KERJA UNTUK KONTRAKTOR KELAS F SEBANYAK RM500,000.00 SEORANG
2.       MOHON DIBERI PELUANG KEPADA KONTRAKTOR KELAS BAGI PROJEK-PRROJEK PRIMA
3.       MOHON SUPAYA LESEN KELAS F DIKEMBALIKAN DI BAWAH PENGURUSAN PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR

4.       MEMINTA HAD MAKSIMUM KERJA UNTUK KELAS F DINAIKKAN DARI RM200,000.00 KE RM1 HINGGA RM300,000.00 






KUNJUNG HORMAT KALI KEDUA DI KEMENTERIAN KESEJAHTAERAAN BANDAR PERUMAHAN DAN KERAJAAN BERSAMA BAHAGIAN DASAR, ENCIK MOHAMAD ALI BIN


TAJUK                   : KUNJUNG HORMAT KALI KEDUA DI KEMENTERIAN KESEJAHTAERAAN BANDAR PERUMAHAN DAN KERAJAAN BERSAMA BAHAGIAN DASAR, ENCIK MOHAMAD ALI BIN OTHMAN, TIMBALAN SU BAHAGIAN DASAR.
TARIKH               : 25 FEBRUARI 2014
MASA                    : 2.30 PETANG
TEMPAT             : PEJABAT BAHAGIAN DASAR, ARAS 23, PRECINT 5, KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR PERUMAHAN DAN KERAJAAN    TEMPATAN, PUTRAJAYA.

ISU YANG DIBAWA KETIKA KUNJUNG HORMAT:
1.       MEYEGERAKAN PERLAKSANAAN DASAR MEWAJIBKAN HANYA KONTRAKTOR BERDAFTAR SAHAJA BOLEH MELAKSANAKAN KERJA UBAH SUAI RUMAH (B28) DI SEMUA PBT.
2.       PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DIBERIKAN KEPADA KOPERASI PERKOBF MALAYSIA
3.       MAKLUMBALAS BERKAITAN 25% PROJEK DI BAWAH KPKT DIBERIKAN KEPADA AHLI PERKOBF MALAYSIA

4.       MEMINTA HAD MAKSIMUM KERJA UNTUK KELAS F DINAIKKAN DARI RM200,000.00 KE RM1 HINGGA RM300,000.00 


KUNJUNG HORMAT BERSAMA YB DATUK ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN, MENTERI KPKT

TAJUK                   : KUNJUNG HORMAT BERSAMA YB DATUK ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN, MENTERI KPKT
TARIKH               : 14 FEBRUARI 2014
MASA                    : 11.30 PAGI
TEMPAT             : PEJABAT MENTERI, ARAS 18, PRECINT 5, KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR PERUMAHAN DAN KERAJAAN    TEMPATAN, PUTRAJAYA.
ISU YANG DIBAWA KETIKA KUNJUNG HORMAT:

1.       Memperkasakan UPB di Kementerian KPKT
2.       Memohon sepuya menyegerakan Penguatkuasaan kerja-kerja Ubah Suai Rumah Persendirian dan mewajibkan hanya kontraktor yang mempunyai sub bidang B28 di dalam Sijil Akuan Pendaftaran
3.       Meyatakan hasrat untuk menaikkan had maksimum kerja Kontraktor Kelas F dari RM1.00 hingga RM300,000.00
4.       Memohon agar kerja-kerja Rumah terbengkalai diberikan kepada Kontraktor Kelas F.

5.       Memohon Ruang dan Peluang kerja-kerja di bawah KPKT diberikan Kepada Kontraktor Kelas F yang menajdi ahli PERKOBF







KUNJUNG HORMAT BERSAMA YB DATUK DR HAJI WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR, TIMBALAN MENTERI KDN

TAJUK                  : KUNJUNG HORMAT BERSAMA YB DATUK DR HAJI WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR, TIMBALAN MENTERI KDN.
TARIKH               : 12 FEBRUARI 2014
MASA                    : 2.30 PETANG
TEMPAT             : PEJABAT TIMBALAN MENTERI KEMENTERIAN DALAM NEGERI, BLOK D1, PARCEL D, TINGKAT 11, KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN, PUTRAJAYA.

ISU YANG DIBAWA KETIKA KUNJUNG HORMAT:

1.       Memperkasakan UPB
2.       Semua kerja-kerja di Kementerian Dalam Negeri bawah RM100,000.00 diundikan secara terbuka

3.       Meyatakan hasrat untuk menaikkan had maksimum kerja Kontraktor Kelas F dari RM1.00 hingga RM300,000.00



KUNJUNG HORMAT BERSAMA YBHG DATO’ Ir HAJI ISMAIL BIN MD SALLEH, KETUA PENGARAH LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA

TAJUK                   : KUNJUNG HORMAT BERSAMA YBHG DATO’ Ir HAJI ISMAIL BIN MD SALLEH, KETUA PENGARAH LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA.
TARIKH               : 11 FEBRUARI 2014
MASA                    : 2.30 PETANG
TEMPAT             : LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA BLOK B, JALAN KAJANG, SELANGOR.

ISU YANG DIBAWA KETIKA KUNJUNG HORMAT:

1.       Memperkenalkan Persatuan
2.       Meminta Ruang dan Peluang untuk Kontraktor Kelas F
3.       Meminta Syarikat Konsesi di bawah LLM memberi keutamaan kepada Ahli PERKOBF untuk Kerja-Kerja yang melibatkan

Kontraktor Kelas F.




MESYUARAT AHLIJAWATAN KUASA INDUK KALI KEDUA SESI 2013/2016

TAJUK                   : MESYUARAT AHLIJAWATAN KUASA INDUK KALI KEDUA SESI 2013/2016              
TARIKH               : 25 JANUARI 2014
MASA                    : 2.30 PETANG

TEMPAT             : DEWAN MABUL, MARINA COURT, KOTA KINABALU, SABAH




BENGKEL PEMANTAPAN KONTRAKTOR BUMIPUTERA BERPRESTASI TINGGI

TAJUK                  : BENGKEL PEMANTAPAN KONTRAKTOR BUMIPUTERA BERPRESTASI TINGGI
TARIKH               : 22-23 JANUARI 2014
TEMPAT             : PEJABAT PENGARAH PKK MALAYSIA, TINGKAT 5, MENARA USAHAWAN, PUTRAJAYA.
PESERTA BENGKEL :   a) PENGARAH-PENGARAH PKK MALAYSIA
b) WAKIL BPU DAN UNIT DASAR KEMENTERIAN KERJA RAYA
c) PERSATUAN KONTRAKTOR BUMIPUTERA KELAS F MALAYSIA (PERKOBF                            MALAYSIA)


TUJUAN           : BENGKEL INI DIADAKAN OLEH PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR ADALAH BERTUJUAN MENCARI MEKANISME TERBAIK UNTUK MEMBUAT PENILAIAN KEPADA KONTRAKTOR UNTUK DIKATEGORIKAN SEBAGAI KONTRAKTOR BERPRESTASI TINGGI.



PENYERAHAN MEMORANDUM KONTRAKTOR KELAS F KEPADA PERDANA MENTERI MALAYSIA



TAJUK                   : PENYERAHAN MEMORANDUM KELAS F KEPADA YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA
TARIKH               : 24 NOVEMBER 2013
MASA                    : 10.30 PAGI

ISU MEMORANDUM YANG DISERAHKAN IALAH :
1.       MENAIKTARAF PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR
2.       MEMPERKASAKAN UPB
3.       HAPUSKAN RASUAH DALAM BIDANG BINAAN
4.       AGIHKAN KERJA DI BAWAH KEMENTERIAN MELALUI JKR
5.       JADUAL KADAR HARGA DISEMAK SETAHUN SEKALI
6.       PENGUATKUASAAN AKTA KERJA-KERJA UBAHSUAI RUMAH PERSENDIRIAN DIPERCEPATKAN

7.       MENGIKTIRAF PERSATUAN KONTRAKTOR BUMIPUTERA KELAS F MALAYSIA


AKTIVITI-AKTIVITI PERKOBF MALAYSIA

TAJUK                   : KUNJUNG HORMAT BERSAMA YB DATUK HAJI FADILLAH BIN HAJI YUSOF, MENTERI KERJA RAYA
                                  MALAYSIA SERTA PEGAWAI KANAN.   
TARIKH               : 27 OGOS 2013
MASA                    : 3.00 PETANG
TEMPAT             : PEJABAT MENTERI, BLOK A, KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA, KUALA LUMPUR.

ISU YANG DIBAWA KETIKA KUNJUNG HORMAT:


  1. Memperkasakan PKK Dan Mengembalikan Kelas F Kepada PKK
  2. Memansuhkan Kerja-Kerja Sebutharga Dan Diberikan Melalui Undian Terbuka
  3. Memohon Dana Untuk Pengurusan Persatuan Dan Dana Untuk Memulakan Perniagaan Hardware Di Bawah Koperasi PERKOBF