Wednesday, 10 February 2016

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Ahlanwasahlan 2016.
Moga Tahun 2016 ini membawa satu perubahan yang drastik untuk Kontraktor Kelas F seluruh Negara.

"Bersatu, Menuju Wawasan"

Wednesday, 14 May 2014

SEMINAR ANJURAN PKK



Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) akan menganjurkan Seminar Penyelenggaraan Bangunan pada 28.5.2014 dari Jam 8.30pagi hingga 5.00petang di Dewan Serbaguna, Menara Usahawan, Putrajaya. Sijil Seminar ini boleh digunakan untuk memperbaharui Sijil Taraf Bumiputera dan Kontraktor akan memperolehi 10 mata CCD. Bayaran RM50.00 akan dikenakan.
Untuk Pendaftaran boleh hubungi PERKOBF Malaysia Cawangan WP Kuala Lumpur (0392006064) atau hubungi Setiausaha Cawangan En Mohd Zaini bin Abd Hanif  di talian (012-2782337) atau En Yusaimi Jusoh (0192950123). Pendaftaran boleh dibuat sebelum atau pada 23.4.2014. Terima Kasih.

KURSUS LANDSKAP ANJURAN PERKOBF MALAYSIA CAWANGAN WP KUALA LUMPUR



Alhamdulillah sekali lagi PERKOBF Malaysia dengan kerjasama K-Builders Training & Consulting sebagai PLBK yang diiktiraf oleh CIDB Malaysia telah berjaya menganjurkan Kursus Landskap dari 12 hingga 16 Mei 2014 (40 mata CCD) bertempat di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.

Presiden PERKOBF Malaysia, En Tukiman Radion hadir pada hari pertama Kursus untuk memberi suntikan semangat kepada semua Peserta Kursus dan memberi penerangan ringkas berkaitan aktiviti-aktiviti terkini PERKOBF Malaysia.

Semoga dengan penganjuran Kursus yang berterusan dapat memberi "value added" kepada Kontraktor Kelas F.








Presiden memberi suntikan semangat kepada semua peserta













Thursday, 8 May 2014

KURSUS B28 PERKOBF MALAYSIA CAW NEGERI KELANTAN


PERKOBF MALAYSIA CAWANGAN NEGERI KELANTAN TELAH BERJAYA MENGANJURKAN KURSUS B28 YANG BERMULA PADA 5 MEI 2014 HINGGA 9 MEI 2014.
KURSUS INI JULUNG-JULUNG KALINYA DIADAKAN DENGAN KERJASAMA K BUILDERS TRAINING & CONSULTING. KURSUS INI DIJALANKAN SELAMA 5 HARI DI LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG, MACHANG KELANTAN.






SEMINAR GST

TAJUK : SEMINAR BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) UNTUK KONTRAKTOR BINAAN BUMIPUTERA

TARIKH : 8 MEI 2014

MASA : 9.00 PAGI 

TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA, MENARA USAHAWAN, PRESINT 2, PUTRAJAYA

YANG DI RASMIKAN OLEH YBHG DATUK HIMMAT SIGHT KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KERJA RAYA. 

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA PKK MALAYSIA KERANA BERJAYA MENGANJURKAN SEMINAR BEGINI BAGI MEMBERI PENERANGAN JELAS BERKAITAN GST KEPADA KAMI KONTRAKTOR BUMIPUTERA. PERKOBF DIJEMPUT UNTUK BERSAMA-SAMA UNTUK MAJLIS PERASMIAN PADA HARI INI. WAKIL DARI PERKOBF TERDIRI DARI ENCIK TUKIMAN BIN RADION (PRESIDEN), ENCIK ADNAN BIN ABD MALIK (NAIB PRESIDEN 1), PUAN JUNIDA HANI JAMALUDIN (SETIAUSAHA AGUNG), ENCIK MOHAMAD ZAINI BIN ABD HANIF (SETIAUSAHA PERKOBF WP KUALA LUMPUR), PUAN AZIAH ABD HAMID (BENDAHARI PERKOBF WP KUALA LUMPUR), ENCIK YUSAIMI BIN JUSOH (AJK PERKOBF WP KUALA LUMPUR) ENCIK SHAHARUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (PEGAWAI PENERANGAN PERKOBF NEGERI SELANGOR) ENCIK MOHD YUSAKIFLI YEOP BIN ARIF (AJK PERKOBF NEGERI SELANGOR). TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG KOMITED MELUANGKAN MASA PADA MAJLIS HARI INI.












Tuesday, 6 May 2014

KURSUS LANDSKAP DAN PADANG PERMAINAN

Assalamualaikum...

PERKOBF Malaysia Cawangan WP Kuala Lumpur akan mengadakan kursus Landskap dan padang permainan pada ketetapan berikut :

Tarikh   : 14-16 Mei 2014
Tempat : di ILP Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.

Mata CCD yang di tawarkan sebanyak 40 CCD dan boleh tambah bidang.

MESYUARAT PEMANTAU KONTRAKTOR KELAS F BERSAMA CIDB, PKK DAN KEMENTERIAN KERJA RAYA

TAJUK                   : MESYUARAT PEMANTAU KONTRAKTOR KELAS F BERSAMA CIDB, PKK DAN KEMENTERIAN KERJA RAYA
TARIKH               : 24 APRIL 2014
MASA                    : 2.30 PETANG
TEMPAT             : BILIK MESYUARAT KIAMBANG, TINGKAT 7, KEMENTERIAN KERJA RAYA


ISU YANG DIBAWA KETIKA MESYUARAT: 

1. CETAKAN SIJIL CIDB YANG MAHAL 
2. TEMPOH MEMEPERBAHARUI LESEN CIDB YANG SINGKAT
3. MEMINTA DENDA CIDB DIMANSUHKAN
4. PERMASALAHAN DI KAUNTER CIDB SELURUH MALAYSIA
5. SUB BIDANG CIDB YANG BERKAIT RAPAT MINTA DIRANGKUMKAN.
6. TAJUK HUTAN YANG TIADA DI CIDB.
7. DOKUMEN YANG SELALU HILANG DI KAUNTER CIDB
8. PERCANGGAHAN PENERANGAN DAN MAKLUMAT DI KAUNTER CIDB DAN MELALUI TELEFON.
9. PANGGILAN TELEFON KE PEJABAT CIDB DAN SMB ONLINE TIDAK BERJAWAB.
10. PEMBAHARUAN DI CIDB TELAH LENGKAP TETAPI DATA TIDAK DIHANTAR KE PKK.
11. MEMINTA KEPADA KEMENTERIAN SUPAYA KELAS F DILETAKKAN SEMULA DI PKK ATAS KEPENTINGAN BUMIPUTERA.
12. MOHON KEPADA KEMENTERIAN SUPAYA JADUAL KADAR HARGA DISEMAK SEKURANG-KURANGNYA SETAHUN SEKALI.
13. MEMINTA AGAR JKR MEMPERBANYAKKAN KERJA UNDI DAN KERJA RM100 RIBU KE BAWAH DIUNDIKAN.
14. MEMINTA AGAR HAD KONTRAKTOR KELAS F DINAIKKAN DARI RM1 HINGGA RM350, 000.00